[Pengesahan Pembayaran] [Hubungi
Kami] [Affiliate Login]
Penafian
1. Pihak
www.perisianinternet.com hanyalah menjual kesemua produk
tersebut berdasarkan kajian, pengalaman dan sedikit sebanyak
pengetahuan teknikal yang saya perolehi sepanjang saya terlibat
dalam perniagaan internet ini. Oleh itu, ia tidak boleh dianggap
sebagai nasihat pakar yang berkelulusan mahupun bertauliah.
Ebook
panduan dan kesemua perisian ini dihasilkan untuk memberikan
pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang
dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi
nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.
2. Sebarang
angka yang ditunjukkan pada laman utama
www.perisianinternet.com hanyalah anggaran berdasarkan
kiraan matematik dan anggaran seorang manusia yang mempunyai
banyak keterbatasan upaya dan daya seorang manusia. Ini kerana
mungkin juga angka itu berubah mengikut perubahan persekitaran
kehidupan pembeli yang menyebabkan ia menjadi faktor anggaran
dan ramalan serta ayat-ayat saya menjadi terseleweng atau tidak
tepat. Teori tidak semestinya sama dengan realiti sebenar yang
berlaku.
3.
Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai
untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan
tertentu kepada semua pihak.
Walaupun segala usaha telah
dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam buku ini
ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan
cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam buku
ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga,
kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.
4. Tidak ada jaminan yang
diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku dan
perisian-perisian ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta
penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab
atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara
peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.
5. Anda dirayu
supaya membaca semua bahan-bahan yang ada, belajar dengan
bersungguh dan serius mengenai perkara yang dibincangkan, serta
menjalinkan maklumat ini dalam keperluan diri anda sendiri.
6. Semua produk yang saya berikan,
tidak termasuk perisian/ panduan Autoresponder dan Affiliate.
Yang benar,
Mawardee

(AHMAD MAWARDI BIN
MOHD NOR)
Pemilik :
BlogSendiri.Com
PerisianInternet.Com
[Home] [Terma&Syarat] [Penafian]
[Cara Pembayaran] [Daftar Affiliate] [FAQ] [Hubungi Kami] [Reseller]